Terbang rendah si burung tempua,
Hinggap sebentar di pohon bidara,
Secebis mutiara dikongsi bersama,
Harap ada hikmah disebaliknya.

p/s : wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau... Sesungguhnya kebahagiaan itu datang setelah kesusahan...

Tuesday, August 24, 2010

prOgram mOtivAsi

Tanggal 21 Julai 2010, aku dan beberapa orang rakanku telah diberikan kesempatan dan peluang untuk mengendalikan aktiviti ice breaking sempena "Kem Motovasi dan Pembelajaran Strategik Kelas Rancangan Khas Daerah Batang Padang". Program ini bermula pada tanggal 21 hingga 23 Julai 2010 bertempat di Kolej Aminuddin Baki, UPSI. Segala perancangan mengenali modul ice breaking hanya dirancang dalam masa dua hari sahaja. Alhamdunillah... pada hari kejadian segala yang dirancang berjalan dengan baik. Para peserta juga memberikan kerjasama yang sangat baik untuk kami. Terima kasih kepada Ibu iaitu instruktor makmal semasa semester 2 kerana telah memberikan kami peluang ini. walaupun beliau bukan instruktor saya tetapi saya seronok dapat bekerja bersamanya.

No comments:

Post a Comment