Terbang rendah si burung tempua,
Hinggap sebentar di pohon bidara,
Secebis mutiara dikongsi bersama,
Harap ada hikmah disebaliknya.

p/s : wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau... Sesungguhnya kebahagiaan itu datang setelah kesusahan...

Tuesday, August 24, 2010

prOgram mOtivAsi

Tanggal 21 Julai 2010, aku dan beberapa orang rakanku telah diberikan kesempatan dan peluang untuk mengendalikan aktiviti ice breaking sempena "Kem Motovasi dan Pembelajaran Strategik Kelas Rancangan Khas Daerah Batang Padang". Program ini bermula pada tanggal 21 hingga 23 Julai 2010 bertempat di Kolej Aminuddin Baki, UPSI. Segala perancangan mengenali modul ice breaking hanya dirancang dalam masa dua hari sahaja. Alhamdunillah... pada hari kejadian segala yang dirancang berjalan dengan baik. Para peserta juga memberikan kerjasama yang sangat baik untuk kami. Terima kasih kepada Ibu iaitu instruktor makmal semasa semester 2 kerana telah memberikan kami peluang ini. walaupun beliau bukan instruktor saya tetapi saya seronok dapat bekerja bersamanya.

Tuesday, August 17, 2010

ApA kAtA...

salam... rasanya sudah terlalu lama aku tidak meluangkan sedikit waktu untuk berkongsi coretan yang bakal aku kongsi untuk tatapan bersama.. buat masa skrg aku terlalu bz untuk siapkan xsaimnt yang dah bertimbun2.. aduhhh... cukup tensen aku dibuatnya.. apa kan daya aku harus cekal dan kuat semangat... aku perlu menjadi kuat umpama gunung uhud yang tegar melawan badai...

Wednesday, August 4, 2010

apA LagI???

Kadang-kadang lebih baik kita berdiam diri daripada banyak berbicara... kerana kita tidak tahu bicara tersebut boleh menyakiti hati insan lain... mulut hanya manis berbicara... lidah hanya pandai menyusun kata-kata...